Pada 24 September lalu, Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan bahawa Singapura bersama-sama tiga negara serumpun lain di Nusantara — Brunei, Indonesia dan Malaysia — akan mencalonkan seni tradisional zapin untuk dimasukkan ke dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).
Pencalonan bersama itu dijangka dikemukakan kepada Unesco pada Mac 2027.





