PEMERINTAH sedang memikirkan secara berhati-hati cara terbaik menggerakkan langkah selanjutnya berhubung dengan Seksyen 377A Kanun Keseksaan, yang menetapkan seks antara lelaki sebagai satu jenayah tetapi yang ditekankan pemerintah tidak akan dikuatkuasakan secara proaktif, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam pada Khamis (3 Mac).
"Kita harus menghormati pandangan berbeza, mempertimbangkannya secara berhati-hati, berbual dengan kumpulan berbeza," katanya di Parlimen.





