Lapan pegawai perkhidmatan awam telah dirujuk kepada polis di tengah-tengah semakan pemerintah terhadap transaksi hartanah berhampiran stesen MRT yang belum diumumkan oleh penjawat awam, kata Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing.
Pegawai berkenaan dikenal pasti dalam siasatan Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) terhadap pegawai di agensi-agensi yang terlibat dalam perancangan laluan kereta api dan telah membuat pembelian hartanah...





