MENYEDIAKAN perkhidmatan pelanggan yang cemerlang benar-benar boleh membuat perubahan, sama ada sebagai perniagaan di premis fizikal ataupun e-dagang, kata firma penyelidikan Statista.
Dari 8 Mac hingga 14 April, akhbar The Straits Times (ST) dan firma Statista yang berpangkalan di Jerman sedang mencari firma yang menyediakan perkhidmatan pelanggan terbaik di Singapura.





