Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, yang menyaksikan hampir 700,000 pengundi bakal menentukan wajah politik negeri itu dalam satu lagi persaingan dan percaturan antara parti.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, berkata hari penamaan calon pula ditetapkan pada 31 Oktober, manakala hari pengundian awal untuk pasukan keselamatan Malaysia...





