JOHOR BAHRU: Sorakan gempita 14,000 penonton bergema di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, Johor Bahru, pada 3 Oktober, apabila Wali Band muncul menjayakan konsert Wali Live In JB yang berlangsung dengan meriah dan penuh emosi.
Konsert anjuran Nusantara Live Entertainment dengan kerjasama Infinity Love Creative Ventures itu membuktikan dominasi jenama Wali Band yang masih utuh bertapak dalam industri muzik Nusantara...





