Menteri Komunikasi Malaysia, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata tindakan dibuat berdasarkan aduan diterima, pelanggaran garis panduan serta undang-undang tempatan .
MalaysiaOct 8, 2026 | 2:46 PM

713 kandungan imej deepfake babit pemimpin parti politik M’sia diturunkan penyedia khidmat

KUALA LUMPUR: Sebanyak 713 kandungan pemalsuan imej secara mendalam atau deepfake membabitkan pemimpin parti politik telah diturunkan oleh penyedia perkhidmatan atas permohonan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), bagi tempoh 1 Januari 2025 hingga 15 September 2026.

Menteri Komunikasi Malaysia, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata tindakan itu dibuat berdasarkan aduan diterima, pelanggaran garis panduan komuniti penyedia perkhidmatan serta undang-undang tempatan.

Pengerusi Persatuan Suluk Bajau Malaysia (PSBM), Encik Mohamad Basaran.
MalaysiaOct 8, 2026 | 5:47 PM

Anak Suluk Bajau tidak bernegara di JB sukar daftar sekolah, persatuan ingin ketengahkan isu

Persatuan Suluk Bajau Malaysia (PSBM) berhasrat untuk mengetengahkan kesukaran persekolahan yang dihadapi sesetengah kanak-kanak tidak bernegara dalam masyarakat berkenaan kepada kerajaan Johor.

Pengerusinya, Encik Mohamad Basaran, berkata terdapat keluarga yang menghadapi kesukaran mendaftarkan anak ke sekolah, dengan sebahagiannya diterima manakala yang lain tidak berjaya.

Para suspek dipercayai terlibat dalam lebih 633 kes penipuan.
SingapuraOct 8, 2026 | 5:23 PM

Individu 81 tahun antara 280 orang disiasat kerana penipuan hampir $4.4j 

Seorang individu berusia 81 tahun, adalah antara 280 orang yang sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam penipuan yang menyebabkan kerugian hampir $4.4 juta, susulan operasi polis selama dua minggu.

Seramai 189 lelaki dan 91 wanita, berusia antara 15 dengan 81 tahun, disyaki sebagai penipu atau keldai wang, kata polis dalam kenyataan pada 8 Okt.

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kanan) mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan Thailand, Encik Anutin Charnvirakul, yang berada di Singapura bagi menghadiri Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Forbes 2026.
SingapuraOct 8, 2026 | 5:21 PM

PM Lawrence Wong bertemu rakan sejawat Thailand

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Thailand, Encik Anutin Charnvirakul, yang berada di Singapura bagi menghadiri Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Forbes 2026.

Dalam catatan Facebook pada 7 Oktober, Encik Wong berkata pertemuan itu mencerminkan hubungan erat yang terjalin antara kedua-dua negara. Encik Anutin berada di Singapura bagi menghadiri persidangan dua hari yang berlangsung...

Kejadian itu berlaku pada 1.22 petang di bangunan di Sekolah 3, Pusat Latihan Asas Tentera (BMTC).
SingapuraOct 8, 2026 | 5:21 PM

Anggota NS Mindef mati selepas ditemui tidak sedarkan diri di Pulau Tekong

Seorang anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) disahkan meninggal dunia di hospital selepas ditemukan tidak sedarkan diri di kaki sebuah bangunan di Pulau Tekong pada petang 8 Oktober.

Dalam satu hantaran di Facebook, Kementerian Pertahanan (Mindef) memaklumkan bahawa kejadian itu berlaku pada 1.22 petang di bangunan di Sekolah 3, Pusat Latihan Asas Tentera (BMTC).

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan, Encik Ishaq Dar (kiri), Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Khalid bin Salman Al Saud (tengah), dan Menteri Luar Turkey, Encik Hakan Fidan, ketika mesyuarat Jawatankuasa Strategik-Politik dan Pertahanan di Riyadh, Arab Saudi, pada 5 Oktober 2026. Pakistan mengesahkan tenteranya sudah ditempatkan di Arab Saudi, manakala Turkey menyediakan bantuan pertahanan dan teknikal ketika ketiga-tiga negara memperkukuh kerjasama menghadapi serangan Houthi dari Yaman.
DuniaOct 8, 2026 | 5:12 PM

Pakistan tempatkan tentera di Saudi, Turkey salur bantuan pertahanan hadapi Houthi

RIYADH: Pakistan mengesahkan tenteranya sudah ditempatkan di Arab Saudi dalam pelbagai keupayaan operasi, manakala Turkey mula menyediakan bantuan pertahanan dan teknikal ketika tiga negara itu mempercepat pelaksanaan pakatan pertahanan bersama susulan serangan Houthi dari Yaman.

Jurucakap tentera Pakistan, Leftenan Jeneral Ahmed Sharif Chaudhry, berkata kehadiran tentera negaranya di Arab Saudi bukan perkembangan baru kerana Islamabad dan Riyadh mempunyai kerjasama ketenteraan...

Integrasi AI, kekal relevan sebagai media dipercayai antara hala tuju SPH Media
Play Video

SPH Media kekal komited sedia sumber sokong akhbar bahasa ibunda
Play Video

Singa buru kemenangan dalam pertemuan dengan M'sia
Play Video

Wajah baharu Galeri Sejarah Singapura angkat warisan Orang Laut
Play Video

Skuad Singa sedia berdepan Indonesia
Play Video