ISTANBUL: Russia telah memutuskan untuk mengurangkan aktiviti ketenteraan di sekitar Kyiv dan Chernihiv di Ukraine secara drastik, kata timbalan menteri pertahanannya pada Selasa (29 Mac), selepas perbincangan antara pasukan rundingan Russia dan Ukraine di Istanbul.
Encik Alexander Fomin, berkata keputusan itu diambil demi kepentingan mewujudkan kepercayaan bersama dan syarat-syarat yang diperlukan untuk perbincangan lanjut diadakan.






