JAKARTA: Langit bertukar kemerahan dan jerebu tebal menyelubungi beberapa kawasan di Kalimantan dan Sumatera ketika kebakaran hutan dan tanah semakin meluas di Indonesia, menyebabkan kualiti udara merosot ke tahap sangat tidak sihat dan berbahaya.
Data Sistem Pemantauan Kebakaran Hutan dan Tanah (SiPongi) Kementerian Perhutanan Indonesia menunjukkan sebanyak 24,952 titik panas dikesan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga pagi...





