KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menegaskan penerbitan fitnah mengenai vaksin Covid-19 bertentangan dengan kepentingan awam kerana ia mengganggu usaha beliau dan semua yang terbabit dengan Kementerian Kesihatan (KKM) serta kerajaan dalam perjuangan menentang wabak itu. Beliau berkata, selain menyebarkan berita dan maklumat palsu berkaitan vaksinasi dan dos penggalak, ia juga menjejaskan tindak balas masyarakat terhadap pandemik dan menjejaskan data...





