Revolut akan membuka pejabat baharu di Collyer Quay Centre menandakan perkembangannya di Singapura dan rantau ini, kata syarikat teknologi kewangan (fintech) yang berpangkalan di London itu pada 8 Oktober.
Syarikat tersebut akan melabur hampir $350 juta di Singapura dalam tempoh lima tahun akan datang.




