SPEAKER Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, melahirkan rasa kesal dengan tindakan Parti Pekerja yang dianggapnya 'mempolitikkan laporan Jawatankuasa Hak Keistimewaan' (COP) walaupun ia belum dibahaskan. Dalam kenyataannya malam tadi (11 Feb), Encik Tan berkata, berdasarkan bukti yang diberikan oleh pemimpin Parti Pekerja, termasuk nota yang dikemukakan secara sukarela oleh Cik Sylvia Lim, COP berpuas hati bahawa Encik Pritam Singh telah berbohong...






