MENTERI Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, semalam menyanjung jasa bakti kadi dan naib kadi mapan dalam memperkukuh perkahwinan dan keluarga di Singapura.
Baru-baru ini, Dr Faishal telah menemui sekumpulan lapan kadi dan naib kadi, yang jika digabung pengalaman mereka, telah berkhidmat lebih 300 tahun dalam peranan itu.






