Masjid Ar-Raudhah di Bukit Batok telah memulakan fasa ketiga kerja naik taraf bernilai $9.4 juta pada Julai lalu.
Usaha tersebut bertujuan memperluas kapasiti dan mempertingkatkan akses lebih mesra jemaah selain kemudahan untuk kegiatan kemasyarakatan dan pembelajaran di masjid, kata Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam satu kenyataan pada 9 Oktober.





