MANTAN President Antarabangsa Pizza Hut, Encik Vipul Chawla, 54 tahun, akan dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan FairPrice Group (FPG), entiti yang menguruskan perniagaan pasar raya, premis makanan dan program ganjaran NTUC.
Dalam satu kenyataan semalam, FPG dan NTUC Enterprise (NE) mengumumkan bahawa Encik Chawla akan mengambil alih daripada CEO sekarang Encik Seah Kian Peng,60 tahun, mulai 5 April...






