ENCIK Ang Wei Neng, ketua eksekutif perniagaan teksi ComfortDelGro, telah meletak jawatan untuk menceburi laluan kerjaya lain selepas memegang jawatan itu selama lebih empat tahun, demikian diumumkan kumpulan pengangkutan darat yang disenaraikan di Singapura itu, kelmarin.
Hari terakhirnya ialah pada 1 April dan beliau akan digantikan oleh Encik Jackson Chia, 52 tahun,yang kini merupakan ketua pegawai kemampanan kumpulan ComfortDelGro dan...






