APABILA melungsuri media sosial hari ini terdapat banyak iklan atau kempen yang meminta sumbangan sedekah bagi pelbagai tujuan - membina masjid, mengurus madrasah, bantuan mangsa bencana dan bahkan dana untuk merawat individu yang kesusahan.
Sebagai orang Islam yang sedar pentingnya bersedekah, tentu berasa terpanggil untuk sama-sama membantu, lebih-lebih bagi mereka yang menyedari betapa terdapat banyak ayat al-Quran tentang sedekah, infak...





