SINGAPURA tidak menjangkakan inflasi yang berterusan, sebaliknya tekanan kos dijangka berkurangan secara bertahap sepanjang tahun ini, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling.
Menjawab pertanyaan beberapa Anggota Parlimen (AP) berkenaan kebimbangan inflasi dan kesan ke atas ekonomi serta pengguna Singapura di Parlimen semalam, beliau berkata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menjangkakan tekanan...





