LEBIH ramai wanita kini menyertai sektor pertumbuhan, membentuk 52.8 peratus dalam sektor infokom, khidmat kewangan, serta khidmat kesihatan dan sosial, kata Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pendidikan), Cik Gan Siow Huang.
Meskipun perangkaannya lebih rendah, jumlah wanita yang melakukan pekerjaan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (Stem) juga telah meningkat - daripada 29.9 peratus pada 2015 kepada 32.4 peratus...





