DALAM usaha berterusannya untuk mendidik kanak-kanak mengenai bahaya dadah, Biro Narkotik Pusat (CNB) telah menerbitkan sebuah buku interaktif berjudul, Be Careful, Max.
Dilancarkan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim semalam, buku setebal 20 halaman itu menyasarkan kanak-kanak prasekolah berusia antara empat dengan enam tahun.





