LONDON: Tindakan Italy mengundang Mario Balotelli kembali menyertai pasukan nasional, selepas lebih tiga tahun dipinggirkan, menarik perhatian bukan peminat bola sepak negara itu sahaja, malah pemerhati bola sepak lain di Eropah.
Balotelli, kini berusia 31 tahun dan bermain bagi Adana Demirspor di Turkey, antara 36 pemain yang diundang pengurus Roberto Mancini menghadiri kem latihan tiga hari menjelang perlawanan play-off kelayakan...






