LEBIH daripada 40,000 buku bergambar pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang keganasan keluarga di kalangan kanak-kanak telah diedarkan kepada semua murid sekolah rendah.
Buku pendidikan bertajuk 'A Day with Bob' yang dihasilkan bersama oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) dan pusat pakar keganasan keluarga, Pave pada 2020, menceritakan tentang seorang budak lelaki, Bob, yang menyaksikan keganasan keluarga dan mengambil langkah untuk menghentikan...





