PENGALAMAN mengendalikan haji dan umrah semasa pandemik ini merupakan satu pengalaman yang amat besar bagi pihak berkuasa Arab Saudi, kata Duta Besar Arab Saudi ke Singapura, Encik Abdullah Mohammed AlMadhi.
"Pada masa depan, kami tidak tahu penyakit apa yang akan timbul, tetapi jika pandemik seperti koronavirus berlaku, kami tahu apa yang perlu dilakukan," ujarnya.





