TANDAS awam tidak sepatutnya menakutkan - itulah tema Kempen Tandas Awam Bersih Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) 2022 yang dilancarkan Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng, bersama Majlis Kebersihan Awam (PHC) semalam.
Menurut kenyataan NEA semalam, kempen itu bertujuan terus menggalak pengguna tandas awam supaya mengepam tandas sepenuhnya, pastikan tempat duduk tandas bersih, membuang sampah...





