PADA usia 91 tahun, sasterawan Cikgu Suratman Markasan kadangkala sulit melelapkan mata memikirkan tentang masa depan bahasa Melayu di Singapura.
Bagi Cikgu Suratman, orang Melayu di sini tidak boleh mengambil mudah bahawa bahasa ibunda mereka akan terus hidup, tanpa perubahan sikap dan cinta yang mendalam untuk menjunjung bahasa.





