“Beep beep… beep beep!”
Bunyi jam loceng penggera dari telefon bimbit memecah kesunyian pagi, mengganggu tidurku yang nyenyak. Dengan mata masih separuh tertutup, aku menggapai telefon bimbit yang biasa kuletakkan di meja sebelah katil lalu menekan butang snooze. Namun, tidak lama kemudian, aku paksakan diri untuk bangun bagi memulakan kehidupan harian.





