ENCIK Muhammad Danish Muhammad Imran memulakan perjalanan sebagai usahawan dengan menubuhkan laman web untuk orang lain di platform seperti Blogger sebelum menubuhkan laman sendiri yang menerbitkan kandungan seperti berita teknologi.
Encik Danish, 27 tahun, membina sebuah pasukan dan kini merupakan pengasas agensi kreatif Danamic, yang menawarkan perkhidmatan pemasaran digital, termasuk videografi, fotografi dan reka bentuk.





