TIGA warga Singapura adalah antara yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh yang membawa maut yang berlaku di Genting Highland. Ia dilaporkan awal oleh akhbar harian Malaysia China Press.
Penduduk tetap Singapura Encik Tee Yeow King berada di dalam khemah di tapak perkhemahan bersama isteri dan dua anaknya ketika tanah runtuh itu berlaku.






