SEBUAH peta digital yang menunjukkan tahap kesesakan dalam masa nyata boleh digunakan orang ramai Sabtu ini untuk membantu orang ramai, termasuk mereka yang ingin membeli-belah pada saat akhir, di Orchard Road mengelak daripada tempat yang dipenuhi ramai orang.
Peta digital di laman web https://go.gov.sg/crowd-at-orchard-road itu akan menunjukkan tempat yang sesak dengan ramai orang di Orchard Road dan menyarankan tempat alternatif...






