KUALA LUMPUR: Krisis kepimpinan dalam Parti Bangsa Malaysia (PBM) terus berlarutan apabila Datuk Zuraida Kamaruddin mendakwa beliau masih memimpin parti itu dan parti itu akan bertanding secara solo.
Datuk Zuraida, yang juga penyandang Ahli Parlimen Ampang, berkata segala kemelut parti berkenaan akan diselesaikan secara dalaman dan dijangka mencapai kata sepakat menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada...





