USAHA membawa masuk tanduk badak sumbu seberat 34 kilogram yang bernilai sekitar $1.2 juta telah dipatahkan di Lapangan Terbang Changi Selasa lalu (4 Okt). Ini merupakan jumlah terbesar tanduk badak sumbu yang dirampas di Singapura sejauh ini. Tanduk itu dikesan pegawai keselamatan lapangan terbang dan unit K9 Lembaga Taman Negara (NParks). Mereka menemui 20 tanduk dalam dua bagasi transit yang...





