DUA produk jenama Indonesia Mie Sedaap - mi segera Korean Spicy Soup dan mi segera Korean Spicy Chicken - telah ditarik balik kerana kehadiran etilena oksida, satu bahan racun perosak.
Agensi Makanan Singapura (SFA) menyatakan semalam bahawa etilena oksida dikesan dalam produk tersebut semasa satu tinjauan bahan makanan, selepas racun perosak sama ditemui dalam produk aiskrim Haagen-Dazs pada Ogos lalu.





