Trevor Neo, bayi berumur lapan bulan yang meninggal dunia selepas didera oleh ibu bapanya, tidak pernah dirujuk kepada Khidmat Perlindungan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) mahupun mana-mana agensi perkhidmatan sosial berhubung isu penderaan sebelum kematiannya.
Bayi berkenaan pernah dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) dari 18 hingga 23 Januari 2024 akibat muntah-muntah, kurang minum susu serta kebimbangan...





