Jika kebiasaannya mereka memalu kompang untuk memeriahkan majlis perkahwinan, Kumpulan Kompang Nur Ikhwan baru-baru ini membawa seni tradisional itu ke pentas pertandingan antarabangsa di Melaka dan berjaya mengharumkan nama Singapura.
Bersaing dengan 13 kumpulan lain dari Malaysia dan Indonesia dalam kategori dewasa, kumpulan itu merangkul gelaran juara di Pertandingan Kompang Nusantara 2026 anjuran Institut Warisan Melaka (INSWA) di Tapak Perasmian...





