KOTA TINGGI: Tiga pemimpin politik mapan dilihat mempunyai keupayaan memimpin Malaysia, kata mantan timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam.
Beliau menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai mampu menerajui negara itu.





