LAWATAN Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, ke Jordan kali ini menyaksikan minat mendalam kedua-dua negara untuk meneroka peluang kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi termasuk latihan kejuruan dan pendidikan teknikal.
Dr Mohamad Maliki yang juga Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Pendidikan, mengadakan pertemuan kelmarin dengan para kepimpinan institusi pengajian tinggi Jordan; Profesor Dr Nathir Obeidat, Presiden Universiti...





