Menjelang 2028, Singapura mungkin mula menggunakan biometana, bahan api rendah karbon berbanding gas fosil, untuk menjana tenaga elektrik.
Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong mengumumkan pada 23 Oktober Keppel Energy, Sembcorp Utilities dan Tuas Power Generation dilantik untuk mengimport dan membekalkan biometana menerusi satu projek rintis.





