Setiap bola membawa cabaran tersendiri buat Nurulasyiqah Mohammad Taha dan Aloysius Gan, tetapi bagi pasangan sukan boccia Singapura itu, kunci kejayaan mereka terletak pada keupayaan untuk kekal tenang, berkomunikasi dengan berkesan dan menumpukan perhatian kepada satu pukulan pada satu masa.
Pendekatan itu membantu pasangan acara BC3 negara tersebut mengharungi hari yang mencabar untuk melangkah ke final acara pasangan campuran di...





