BUENOS AIRES: Ribuan warga Argentina mengadakan perhimpunan di tengah bandar Buenos Aires kelmarin bagi menunjukkan perpaduan terhadap Naib Presiden, Cik Cristina Fernandez de Kirchner, yang terselamat daripada satu percubaan membunuhnya oleh seorang lelaki bersenjatakan pistol di luar kediamannya.
Kejadian mengerikan yang menimpa Cik Christina, 69 tahun, Khamis malam itu berlaku semasa sekumpulan orang sedang berhimpun di depan rumahnya.





