PENGALAMAN anggota Majlis Tertinggi Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang mendalam serta latar belakang mereka yang berlainan akan membantu majlis itu dalam menangani pelbagai cabaran rumit yang dihadapi ma-syarakat pada masa sekarang dan masa depan.
Menulis demikian dalam satu catatan Facebook semalam, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata beliau gembira dapat bertemu anggota Majlis...





