RAKYAT Singapura digesa mengambil tindakan untuk menjadikan negara ini lebih berdaya tahan dalam menghadapi perubahan iklim demi generasi akan datang dalam satu siri penglibatan awam yang dilancarkan semalam.
Perbincangan Melakar Hala Tuju Singapura itu akan melibatkan setiap lapisan masyarakat - termasuk individu, institusi pendidikan dan pertubuhan, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu sewaktu forum di Hotel Grand Copthorne...





