Singapura dan Malaysia menguji kesiapsiagaan menangani kecemasan Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru–Singapura menerusi simulasi kebakaran dalam tren yang terkandas, bagi memastikan bantuan dapat diselaraskan dengan pantas merentasi sempadan.
Latihan di lapangan bersama pada 27 Oktober itu melibatkan operasi memadam kebakaran, penilaian keutamaan rawatan dan pemindahan mangsa, selain menguji komunikasi serta pengerahan anggota kedua-dua negara.





