PERSATUAN Pemudi Islam Singapura (PPIS) melangkah ke fasa baru sempena sambutan jubli platinum mereka dengan visi baru, 'Masyarakat Wanita Berjaya dan Keluarga Berkembang Maju'.
Ini diumumkan pada Sabtu (24 September) pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PPIS yang ke-51 di Grand Mercure Singapore Roxy, di mana Lembaga Tadbir Urus ke-26 dilantik.





