KUMPULAN bantu diri berasaskan etnik terus kekal relevan di Singapura, kerana setiap kumpulan itu lebih memahami ciri-ciri masyarakat masing-masing, yang membolehkan bantuan dan program disesuaikan bagi memenuhi keperluan masyarakat dengan lebih baik, kata kumpulan tersebut.
Kumpulan bantu diri sedemikian juga tidak memecahbelahkan masyarakat negara, malah sebaliknya menunjukkan keunikan Singapura sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, dan menggalak setiap kumpulan...





