Sekitar 200 orang hadir di Pusara Aman, Choa Chu Kang, pada 30 Oktober bagi memberikan penghormatan terakhir kepada sepasang suami isteri yang terkorban dalam kemalangan maut di Tampines.
Pasangan tersebut dikenal pasti sebagai penunggang motosikal, Allahyarham Mohd Emirul Danial Mohd Zulkifly, dan isterinya yang sedang hamil, Allahyarhamha Nursyarafana Norazman. Kedua-duanya berusia 24 tahun.





