Usaha menggajikan golongan kurang upaya serta kalangan mereka yang mudah terdedah menjadi tumpuan di Rumah Terbuka Istana, yang berlangsung pada 1 November sempena sambutan Deepavali.
Ini merupakan kali pertama rumah terbuka itu mengetengahkan usaha sedemikian, yang biasanya hanya menumpukan kepada persembahan secara langsung dan kegiatan kekeluargaan.





