JAKARTA: Indonesia komited membina ekosistem bersepadu untuk perusahaan yang akan menyokong pembangunan ekonomi hijau sejagat, kata Presiden Joko Widodo.
Dan wilayah Kalimantan Utara akan menjadi taman perusahaan hijau terbesar di dunia di mana tenaga elektrik boleh diperoleh secara besar-besaran daripada loji jana kuasa hidro serta panel solar, katanya dalam ucapan tahunan kepada Parlimen kelmarin.





