Encik Masagos berkata pemerintah akur bahawa masyarakat Singapura, khususnya masyarakat Melayu/Islam, masih berpegang teguh kepada perlunya mempertahan institusi kekeluargaan serta peraturan dan undang-undang berhubung perkahwinan yang terkandung dalam Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) dan Piagam Wanita.
Di bawah undang-undang, hanya perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang wanita diiktiraf di Singapura dan terdapat banyak dasar nasional yang bersandarkan takrif perkahwinan itu...





