SEBAGAI pengerusi Kumpulan 20 (G20), Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo (Jokowi), perlu menangani desakan sebilangan negara Barat seperti Amerika Syarikat, Britain dan Kesatuan Eropah (EU) agar Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, tidak diundang bagi sidang puncak kumpulan itu di Bali pada November ini.
Ini setelah mereka menentang keras tindakan Russia menceroboh negara jirannya, Ukraine, dengan alasan melakukan "operasi ketenteraan khas".






