LEBIH 1,700 penderma darah semua jenis telah tampil untuk mendermakan darah mereka sepanjang empat hari lalu, satu kenaikan 45 peratus daripada angka biasa, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, dalam satu catatan di Facebook kelmarin.
Palang Merah Singapura (SRC) dan Encik Ong telah membuat rayuan minggu lalu bagi orang ramai menderma darah jenis A+ dan O+, dengan sekurang-kurangnya 600...





